3 Minyak Wangi Arab Yang Tahan 24 Jam di Malaysia (TERKINI)

3 Minyak Wangi Arab Yang Tahan 24 Jam di Malaysia (TERKINI)

Minyak wangi Arab telah lama dikenali kerana haruman mewahnya yang mampu bertahan sepanjang hari. Di Malaysia, permintaan terhadap minyak wangi yang tahan 24 jam semakin meningkat kerana pengeluar di Timur Tengah telah mula memperkenalkan minyak wangi arab yang lebih kontemporari dan moden.

"Tiadalah orang tegur anda bau seperti minyak attar lagi." - Farhana Yusof

minyak wangi arab yang tahan 24 jam (4)

Kami di House of Amar, dengan pengalaman lebih daripada 5 tahun sangat faham yang anda ingin mencari minyak wangi arab dengan bau moden yang tahan sehingga 24 jam. Jika, ya, inilah artikel untuk anda. 

“Haruman Arab bukan sekadar minyak wangi, tetapi kisah yang bertahan sepanjang masa.” — Fragrance Arabian Tales.


Apa Itu Minyak Wangi Arab?

Minyak wangi Arab berasal dari Timur Tengah dan terkenal dengan ramuan berkualiti tinggi seperti oud, amber, dan kasturi.

Minyak wangi ini biasanya bebas alkohol, menjadikannya pilihan halal yang sesuai untuk semua pengguna yang ingin menggunakannya untuk beribadah. Harumannya direka untuk memberikan pengalaman bau yang kompleks dan tahan lama.

Nota Bau Minyak Wangi Arab

  • Base Notes (Nota Asas): Oud, amber, dan musk.

  • Middle Notes (Nota Tengah): Mawar, bunga melati, dan rempah eksotik.

  • Top Notes (Nota Atas): Citrus, saffron, dan buah-buahan segar.

Bahan Utama Minyak Wangi Arab

Bahan-bahan utama seperti oud dan kasturi memberikan minyak wangi Arab keharuman yang unik dan berkualiti tinggi. Penggunaan bahan semula jadi ini juga menyumbang kepada ketahanan aroma sepanjang hari.

Kelebihan Minyak Wangi Arab

Halal 100%

Majoriti minyak wangi Arab menggunakan bahan semulajadi yang bebas alkohol seperti kayu gaharu, minyak kijang, kunyit, damar dan lain-lain. 

Tahan Lama

Kelebihan minyak wangi arab adalah, ia direka untuk kekal harum sehingga 24 jam kerana cuaca dan iklim di Timur Tengah yang panas kering. 

Sesuai Untuk Lelaki & Wanita

Tidak seperti minyak wangi moden lain, minyak wangi arab membenarkan wangian mereka digunakan baik lelaki dan wanita, tua dan muda.

Jenama Minyak Wangi Arab

ARMAF

Dikenali dengan minyak wangi berkualiti tinggi dan reka bentuk moden dengan lebih 100+ jenis wangian berbeza dengan bau yang tahan lama dan wujud sejak tahun 2010 berasal dari UAE. 

LATTAFA PRIDE

Menghasilkan haruman premium dengan ketahanan luar biasa dan merupakan jenama premium kepada Lattafa dan wujud sejak tahun 1985 dari UAE.

RASASI

Mempunyai reputasi global sebagai pakar minyak wangi oriental dengan campuran minyak wangi arab dan kontemporari yang popular di benua Eropah sejak tahun 1979 dari UAE.

3 Minyak Wangi Arab Tahan 24 Jam

1. Intense Men by ARMAF

minyak wangi arab yang tahan 24 jam (2)

  • Bahan Utama: Lemon, blackcurrant, dan bergamot.

  • Nota Bau: Citrus segar dengan sentuhan kayuan.

  • Ketahanan: Sehingga 24 jam.

  • Kesesuaian: Haruman maskulin sesuai untuk lelaki yang inginkan keyakinan sepanjang hari.

  • Dapatkan di sini: Intense Men by ARMAF

2. Al-Qiam by Lattafa Pride

minyak wangi arab yang tahan 24 jam (1)

  • Bahan Utama: Amber, vanila, dan oud.

  • Nota Bau: Gabungan manis dan berkayu yang elegan.

  • Ketahanan: Melebihi 24 jam.

  • Kesesuaian: Sesuai untuk lelaki dan wanita yang ingin tampil eksklusif.

  • Dapatkan di sini: Al-Qiam by Lattafa Pride

3. Hawas Ice by Rasasi

minyak wangi arab yang tahan 24 jam

  • Bahan Utama: Melon, plum, dan vanila.

  • Nota Bau: Fruity segar dengan sentuhan vanila.

  • Ketahanan: Sehingga 24 jam.

  • Kesesuaian: Pilihan uniseks yang sesuai untuk semua musim.

  • Dapatkan di sini: Hawas Ice by Rasasi

Minyak wangi Arab yang tahan 24 jam dengan bau moden kini bukan lagi dongeng. Anda boleh beli di House of Amar dan dapatkan wangian yang akan meningkatkan potensi diri dan keyakinan diri anda.

Dengan pilihan yang ditawarkan oleh House of Amar, anda kini boleh menikmati haruman yang tahan lama pada harga mampu milik dengan kualiti yang tak mungkin ditandingi.

1730102961647